Majlis Perasmian Pusat Informasi Pelancongan (TIC) dan Pelancaran Laman Sesawang untuk Pelancongan Lenggong
Tanggal 12 Disember 2010 merupakan tarikh bersejarah bagi daerah kecil Lenggong kerana pada hari tersebut berlangsungnya Majlis Perasmian Pusat Informasi Pelancongan (TIC) Lenggong dan pelancaran laman sesawang www.pelanconganlenggong.my di Kompleks R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban, Lenggong.
Disempurnakan oleh YB Dato’ James Dawos Mamit; Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia pada acara gilang gemilang di Kompleks R&R tersebut, usaha ini diyakini dapat melonjakkan industri pelancongan di kawasan Lenggong ke tahap yang lebih dinamik dan berskala besar.
Kawasan Lenggong sememangnya terkenal dengan pelbagai produk pelancongan dan di atas inisiatif dan usaha gigih Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Majlis Daerah Lenggong dan Institut Skill Tech (sebuah institusi latihan kemahiran swasta) melalui kedua-dua projek di atas, potensi produk-produk pelancongan di Lenggong dapat diperkasakan sekaligus menarik perhatian saujana mata untuk memandang lalu berkunjung ke bumi bertuah ini.
Lenggong Joran 2010
Upacara Pra-Pelancaran Lenggong Joran - 9 Oktober 2010
Tasik Raban menjadi lokasi utama untuk karnival Joran Lenggong yang julung-julung kali diadakan. Tasik Raban dipilih menjadi lokasi pertandingan kerana merupakan lokasi yang strategik, terletak dipinggir jalan menghala ke Grik. Selama ini pemancing selalu menumpukan aktiviti memancing di Air Ganda, Bersia, Chenderoh hinggalah ke tasik Banding, Royal Belum. Ada antara permancing yang tidak menyedari potensi tasik ini....




Saya kagum dengan keindahan Tasik Raban sewaktu saya bercuti bersama keluarga pada bulan Oktober lepas.



